Wednesday, October 27, 2010
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Taman Pelangi (SMKTP) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1989 dan pada masa itu SMKTP telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Johor Bahru. Ia bersekolah pada sesi petang mulai 4 Disember 1989. Pada mula penubuhan SMKTP, tapak sebenar SMKTP masih dalam pembinaan.Dan pada bulan Jun 1991 SMKTP telah siap pembinaannya. Pada awal pembinaan hanya 3 blok dibangunkan iaitu bangunan kantin dan sekolah. Kemudian pada tahun 1993, sebuah blok lagi kelas telah dibina dan digunakan pada akhir tahun 1993. Pengetua SMKTP yang pertama ialah Tuan Haji Kadir Bin Ismail, dalam tempoh lebih kurang 8 tahun. SMKTP ditubuhkan ia telah diterajui seramai 3 orang pengetua dan sekarang SMKTP telah menjangkau usia 18 tahun penubuhannya dan diterajui seramai 9 orang pengetua. SMKTP sekarang ini sudah menjadi lima blok iaitu empat blok belajar dan satu blok untuk kantin. Pengetua SMKTP yang terkini ialah Puan Hajah Maznah Binti Othman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment